THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Feb 15, 2011

DO IT YOURSELF(D.I.Y)

KESIHATAN MENTAL.

amalkan cara hidup yang sihat

1.makan makanan yang seimbang
2.mengekalkan berat badan yang sihat
3.meluangkan masa untuk berehat&beriadah
4.cukup tidur&rehat

berfikiran positif

amalkan bercakap secara positif pada diri sendiri

1.saya akan,saya boleh,saya akan cuba,saya juara, dsb
2.membuat pertimbangan yang waras antara kebaikan dengan keburukan
3.libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan
 

cari kawan

1.mempunyai kawan untuk berkawan dan juga berbual
2.menerima &menghormati pandangan mereka dan bersabar

dengar suara hati kita

1.suara hati atau perasaan kita memberitahu apa yang sedang berlaku,apa yang anda perlukan atau apa yang     penting untuk diri anda
2.suara hati atau perasaan akan memberitahu kita bila kita perlu menjaga diri seperti:

*mencari teman bila kesunyian
*menangis bila kita bersedih
*menyanyi dan tersenyum bila kita gembira

Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan ,berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup:

*keseorangan
*disayangi
*ketakutan
*kesedihan
*tiada upaya
*malu

Tidak salah jika meluahkan perasaan kita sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan kita.

Belajar menangani kritikan dengan baik.

Kritikan yang membina juga memberi maklum balas tentang diri kita bahawa diri kita sebenarnya ialah:

*ambil tahu tentang orang lain atau
*menyebabkan orang lain tidak menyukai kita atau
*anda didatangi masalah

Anda boleh belajar menerima kritikandan mengambil keputusan sama ada perlakuan itu yang anda pilih untuk.Bila anda dikritik,anda boleh

*berada dalam keadaan santai
*tarik nafas panjang
*nyatakan atau lafazkan perkataan "sabar".
*bayangkan anda berada di tempat yang selamat untuk beberapa saat.


Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai.anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda,anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut ,kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda.

Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda

*terima kesilapan dan akui kritikan itu betul
*memohon maaf
*ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut .

Jika kritikan tepat tetapi tidak membina

*akui kesilapan
*beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan
*ambil langkah pembetulan

Jika kritikan tidak tepat

*dapatkan maklumat lanjut
*betulkan kesilapan tentang maklumat yang dibangkitkan

Jika kritikan tidak mesra ,dan ketepatannya hanya merupakan satu pandangan :

*cari jalan persetujuan
*minta pendapat dan cadangan

Fikiran untuk menggunakan komponen bahasa tanpa lisan bagi komunikasi yang agak asertif contohnya duduk dengan tegak dan meyakinkan ,nada suara yang terang dan tegas serta pandang tepat ke mata pendengaran .langkah-langkah ini juga membantu anda memberi jawapan dan dihormati.

Belajar menjadi diri sendiri

*buang keinginan supaya semua orang menyukai anda
*buangkan fikiran jika seseorang tidak menyukai anda,anda perlu bersedih atau anda telah gagal
*buangkan fikiran jika anda ingin disukai orang ,anda perlu melakukan apa yang orang suruh buat

Jika anda meluangkan semua masa anda membuat apa yang orang lain suruh buat ,anda tidak akan berpeluang menjadi diri anda sendiri.

Belajar untuk menyukai diri sendiri

*adalah boleh untuk menyukai diri sendiri dan menjadikan anda sahabat kepada diri anda
*buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri anda
*anda boleh bercakap perkara yang baik-baik tentang diri anda 
*anda boleh berhenti daripada terus membuat perkara yang anda tidak sukai
*anda tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai anda


Mental yang sihat ialah sentiasa rapat dengan allah s.w.t dan sentiasa berdoa kepadanya agar sentiasa mendapat ketenangan jiwa yang berkekalan.Permudahkanlah diri anda untuk sujud dan sembah kepadanya  dengan berkata "allahuakhbar" kerana dialah yang mencipta kita dengan akal fikiran.Hatta,gunakanlah akal fikiran ini dengan sebaik mungkin.

0 ulasan: