THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Feb 28, 2011

Hilang Dalam Terang - Search

PUNCA LELAKI SUKAR EREKSI...

Gejala penyakit seperti ini biasanya terjadi kepada lelaki yang berumur di dalam lingkungan 40 tahun ke atas.
Kekurangan hormon testosteron menyebabkan seseorang akan mengalami kesukaran
untuk berereksi rerhadap pasangannya.
Selain itu,ia juga hormon yang amat penting dalam menstabilkan kesihatan tubuh badan seseorang
Secara amnya,khusus untuk kefungsian seks.
Bagi kaum lelaki ,hormon restosteron merupakan hormon yang utama 
untuk mengawal perkembangan ciri seksual &fungsi 
pembiakan lelaki.

Sindrom kekurangan hormon ini lazimnya akibat daripada kegagalan testis atau buah zakar yang menghasilkan sperma &kelenjar adrenal gagal mengeluarkan hormon ini secukupnya.
Kesan kekurangan hormon ini akan melambatkan proses baik pulih tisu-tisu badan.
Kefungsian segala organ dalam badan seperti hati ,buah pinggang dan 
kelenjar prostat
KESAN HORMON TESTOSTERON TERLALU RENDAH
  • Rangsangan nafsu seks lemah
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian
  • Cepat letih
  • Peningkatan lemak dalam badan
  • Mudah mendapat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi
  • Tekanan
  • Kemampuan berereksi yang tidak menentu
  • Kemurungan
  • Kesihatan tubuh badan terganggu. 

Feb 25, 2011

KHASIAT BERZIKIR...

    • Dapat menenangkan hati anda
    • Dapat mendekatkan diri keada allah s.w.t.
    • Pintu rezeki dibuka
    • Hati jauh dari resah dan gelisah
    • Hidup sentiasa dirahmati allah s.w.t.
    • Dijauhkan dari segala penyakit yang kronik

Feb 23, 2011

Petua untuk elakkan nyanyuk

Banyakkan membaca al-quran
setiap hari.Ini dituntut oleh rasul kita
Nabi muhammad s.a.w.

Bacalah setiap hari
sekurang-kurangnya 100 ayat.
Jika tidak dapat membaca 100 ayat,
bacalah sekadar yang termampu.
Orang yang sentiasa berzikir 
akan terhindar
daripada cepat nyanyuk.

BERLAGAK DAN RIYAK....!!!!

Tidak dinafikan,setiap pembentang mempunyai kepakaran ,pengetahuan dan pengalaman terhadap isu yang dibentangkan
Walau bagaimanapun,sikap riyak akan pengetahuan yang anda miliki adalah suatu perkara yang kurang manis

Begitu juga jika anda terlalu berbangga sehingga tahap menunjuk-nunjuk 
kehebatan diri.
Sikap memandang rendah terhadap orang di bawah anda adalah suatu perkara yang perlu dielakkan.

Amalkan sikap merendah diri supaya orang di bawah anda akan berasa hormat kepada anda .
Selain tue,orang lain pun akan berasa dekat dengan anda jika anda tidak ego,sombong dan bangga diri.

Anda perlu mengikis sikap yang tidak baik yang ada pada diri anda .
Rasulullah bersabda yang bersabda :

"Bercakap dengan seseorang sesuai dengan 
kemampuan akal fikiran mereka ."
(Riwayat al-Dailami.Sanad hadis ini daif)

Feb 22, 2011

SUARA HATI......!!!!!

Assalamualaikum   ...

Kali ni jat belum ada topik menarik lagi yang nak dikongsikan dengan korang sume...tengok la dalam sehari dua lagi jat akan update cite baru untuk tatapan korang ok..
Cite jat nie x la gempak sangat tetapi hanya sekadar ingin berkongsi informasi yang jat tahu je ...

hehehe.....sebab apa jat buat blog nie????
Agak-agak korang nape??  hehe nak thu kan...sebenarnya jat saje  je cuba nasib untuk buat blog nie sebagai aktiviti di masa lapang ...selain tue jat teringin jugak nak jadi penulis blog yang berjaya dan beretika....CoNtOhNyA BEN ASHAARI, (IR)IZAMIR RIDZUAN  dan ramai lagi la....

Kadang-kadang jelous jugak tengok orang-orang yang berjaya nie..mana taknye jat pun usaha jugak tapi x dapat sampai level diorang....hehehe..insyallah satu hari nanti jat pasti akan berjaya jugak ..buat masa skarang nih menulis blog hanya sambilan saje,maybe apa yang jat usahakan nie akan membuahkan hasil satu hari nanti ,boleh la jadikan kerjaya jat kan ?????

Stakat nie je la yang jat boleh karang pun ...harap-harap jat x silap tulis atau menyinggung perasaan sesape sebelum nie k.....tapi kalo ada jangan la amek ati yeee...maafkan jat tau....



wassalam  ...

Feb 19, 2011

11 waktu-waktu mustajab berdoa

1.Ketika hujan
2.Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat
3.Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
   Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"berdoalah saat doa itu diperkenankan oleh Allah;pada saat   bertemu tentera-tentera (berperang),ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan  ."(hadis mursal yang diriwayatkan oleh omam al-nawawi dalam al-azkar)
4.Waktu antara azan dan iqamat
5.ketika iktidal yang akhir dalam solat
6.Ketika sujud dalam solat
7.Ketika khatam al-quran(30 juzuk)
8.Sepanjang malam,terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur
9.Sepanjang hari jumaat
10.Antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari jumaat
11.Antara waktu zuhur&asar dan antara asar &maghrib.

5 punca sakit mental atau mental yang tidak stabil.

Masalah kesihatan mental ini umumnya dihadapi oleh golongan dewasa.Jika ia berlaku kepada kanak-kanak,kesannya tidak besar manakala jika dihadapi oleh golongan remaja,mereka akan bertindak di luar kawalan,memberontak dan mengalami kemurungan.

Banyak aspek yang perlu dilihat dan diperhalusi berkenaan dengan perkara yang menyebabkan masayarakat hari ini berdepan dengan bahana gangguan kesihatan mental.Antara penyebabnya seperti:-

1.Kurangnya pemantapan diri kepada allah s.w.t
2.keretakan perhubungan dalam rumahtangga atau persahabatan yang telah dijalinkan
3.Penagihan dadah&alkohol
4.Tertekan dengan masalah
5.Faktor pemakanan yang diragui hukum halalnya.

walaupun aspek ini nampak agak remeh tetapi inilah antara yang menjadi punca dan penyebab mental kita tidak sihat.Seterusnya langkah pemantapan harus dilakukan oleh yang berkenaan agar dapat kita menjadi seorang manusia yang sihat akal fikirannya.

Feb 18, 2011

CARA HIDUP BEBAS HANYA MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN

Tidak dapat dinafikan perasaan kasih,cinta dan sayang dalam diri manusia.ia diterima sebagai perkara normal dalam kehidupan seharian
kita boleh mengambil panduan daripada kisah nabi yusuf dan zulaikha.ALLAH berfirman yang bermaksud:

"dan sebenarnya perempuan itu berkeinginan sangat kepadanya dan nabi yusuf pula(mungkin timbul)keinginannya kepada perempuan itu.kalaulah ia tidak menyedari kenyataan tuhannya(tentang kejinya perbuatan zina itu)
(surah yusuf ayat 24)

Nabi yusuf berjaya mengawal dirinya daripada terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina.

islam telah menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila terutama hubungan antara lelaki dan perempuan.
antaranya:

1.Tidak dibenarkan pergaulan bebas
2.Tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram
3.Menjaga adab pertuturan & berpakaian
4.Menjaga pandangan mata
5.Ikhlas untuk mengambil sebagai isteri

Jika dalam keadaan demikian maka berpasangan &percintaan dibenarkan.

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH

salam semua

terlebih dahulu jat nak ucapkan ribuan terima kasih kapada IR(izamir ridzwan)sebab bagi peluang untuk sertai bloglist IR.Biasala kita kat dalam dunia blog nie kena berdunia kan???baru la orang suka kita.btol x??

sebab saya suka blog IR nie coz dapat memudahkan jat untuk saling berkenal-kenalan dengan blogger-blogger x kira yang sudah lama atau baru berkecimpung dalam aktiviti ini.

THANKS (IR)

5 tips &seni mengurat

Bagaimana seni-seni memikat &mengurat yang dibenarkan dalam islam?

1.dimulakan dengan penghayatan atau berpandangan.pandangan pertama mestilah pandangan yang dibenarkan dalam islam &tidak menyalahi syarak iaitu hanya melihat muka &tapak tangan

2.senyum.Senyum adalah sedekah apabila kita sudah melalui proses pandang pertama tadi ,secara tidak langsung kita akan senyum untuk menanbat hati wanita pilihan kita.

3.bercakap.Ada dua jenis bercakap iaitu secara langsung seperti melalui telefon dan secara tidak langsung iaitu melalui SMS atau laman -laman sosial.Tidak kira apa jenis komunikasi yang kita gunakan,biarlah ada had batasnya

4.Janji temu.Selepas masing-masing sudah berani bercakap janji temu dibuat untuk berjumpa di satu tempat mengikut masa yang ditetapkan.

5.Dating.Disini, pasangan mula berjumpa atau dengan kata lain dating.Proses berjumpa ini adalah satu ujian hawa nafsu yang boleh membawa ke arah kemudaratan jika iman tidak cukup kuat.Syaitan benci melihat manusia bina masjid.
JUSTERU,syaitan mula masuk bersama hawa nafsu untuk menguasai diri manusia.Setelah syaitan berjaya menguasai diri pasangan tersebut ,berlakulah perkara yang boleh membawa kepada penzinaan.

Apabila zina berlaku akan timbullah gejala-gejala sosial seperti buang bayi dan sebagainya.Proses kelima boleh dielakkan atau dikawal jika wujud orang tengah yang boleh dipercayai untuk membantu kita melalui perhubungan yang terarah kepada kebaikan.

BILA KETUA KELUARGA JADI SURI RUMAH

Suami sebagai ketua rumah tangga wajib mencari nafkah buat seisi keluarga yang berada di bawah tanggungannya.

isteri perlu memainkan peranan penting dalam membantu si suami untuk menjaga anak-anak ,makanan minum dan sebagainya.
Tapi apa yang menyedihkan di sini ramai golongan lelaki hanya duduk di rumah sahaja.manakala si isteri pula keluar rumah untuk mencari nafkah buat keluarga

apa dah jadi nie??????

malu la kalau mcm nie kan...kalau nak ikut hukum hakam dalam islam pun seorang suami yang baik mestilah dia yang cari makan..si isteri pula duduk di rumah untuk menyelaraskan rumah tangga yang harmonis..saya harap jangan ada segelintir blogger jadi macam nie..

Feb 15, 2011

DO IT YOURSELF(D.I.Y)

KESIHATAN MENTAL.

amalkan cara hidup yang sihat

1.makan makanan yang seimbang
2.mengekalkan berat badan yang sihat
3.meluangkan masa untuk berehat&beriadah
4.cukup tidur&rehat

berfikiran positif

amalkan bercakap secara positif pada diri sendiri

1.saya akan,saya boleh,saya akan cuba,saya juara, dsb
2.membuat pertimbangan yang waras antara kebaikan dengan keburukan
3.libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan
 

cari kawan

1.mempunyai kawan untuk berkawan dan juga berbual
2.menerima &menghormati pandangan mereka dan bersabar

dengar suara hati kita

1.suara hati atau perasaan kita memberitahu apa yang sedang berlaku,apa yang anda perlukan atau apa yang     penting untuk diri anda
2.suara hati atau perasaan akan memberitahu kita bila kita perlu menjaga diri seperti:

*mencari teman bila kesunyian
*menangis bila kita bersedih
*menyanyi dan tersenyum bila kita gembira

Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan ,berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup:

*keseorangan
*disayangi
*ketakutan
*kesedihan
*tiada upaya
*malu

Tidak salah jika meluahkan perasaan kita sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan kita.

Belajar menangani kritikan dengan baik.

Kritikan yang membina juga memberi maklum balas tentang diri kita bahawa diri kita sebenarnya ialah:

*ambil tahu tentang orang lain atau
*menyebabkan orang lain tidak menyukai kita atau
*anda didatangi masalah

Anda boleh belajar menerima kritikandan mengambil keputusan sama ada perlakuan itu yang anda pilih untuk.Bila anda dikritik,anda boleh

*berada dalam keadaan santai
*tarik nafas panjang
*nyatakan atau lafazkan perkataan "sabar".
*bayangkan anda berada di tempat yang selamat untuk beberapa saat.


Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai.anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda,anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut ,kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda.

Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda

*terima kesilapan dan akui kritikan itu betul
*memohon maaf
*ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut .

Jika kritikan tepat tetapi tidak membina

*akui kesilapan
*beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan
*ambil langkah pembetulan

Jika kritikan tidak tepat

*dapatkan maklumat lanjut
*betulkan kesilapan tentang maklumat yang dibangkitkan

Jika kritikan tidak mesra ,dan ketepatannya hanya merupakan satu pandangan :

*cari jalan persetujuan
*minta pendapat dan cadangan

Fikiran untuk menggunakan komponen bahasa tanpa lisan bagi komunikasi yang agak asertif contohnya duduk dengan tegak dan meyakinkan ,nada suara yang terang dan tegas serta pandang tepat ke mata pendengaran .langkah-langkah ini juga membantu anda memberi jawapan dan dihormati.

Belajar menjadi diri sendiri

*buang keinginan supaya semua orang menyukai anda
*buangkan fikiran jika seseorang tidak menyukai anda,anda perlu bersedih atau anda telah gagal
*buangkan fikiran jika anda ingin disukai orang ,anda perlu melakukan apa yang orang suruh buat

Jika anda meluangkan semua masa anda membuat apa yang orang lain suruh buat ,anda tidak akan berpeluang menjadi diri anda sendiri.

Belajar untuk menyukai diri sendiri

*adalah boleh untuk menyukai diri sendiri dan menjadikan anda sahabat kepada diri anda
*buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri anda
*anda boleh bercakap perkara yang baik-baik tentang diri anda 
*anda boleh berhenti daripada terus membuat perkara yang anda tidak sukai
*anda tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai anda


Mental yang sihat ialah sentiasa rapat dengan allah s.w.t dan sentiasa berdoa kepadanya agar sentiasa mendapat ketenangan jiwa yang berkekalan.Permudahkanlah diri anda untuk sujud dan sembah kepadanya  dengan berkata "allahuakhbar" kerana dialah yang mencipta kita dengan akal fikiran.Hatta,gunakanlah akal fikiran ini dengan sebaik mungkin.

freedom yourself: freedom yourself

freedom yourself: freedom yourself: "5.PERBEZAAN GARIS-GARIS HALUS DI TAPAK TANGAN. Sekiranya kita melihat garis-garis halus di kedua tapak tangan kita tiada apa-a..."

Feb 14, 2011

freedom yourself

5.PERBEZAAN GARIS-GARIS HALUS DI TAPAK TANGAN.

   Sekiranya kita melihat garis-garis halus di kedua tapak tangan kita tiada apa-apa perbezaan sekalipun maka anda dikira rasional dalam membuat keputusan.Sekiranya anda mendapati perbazaan garis-garis halus di tapak tangan anda begitu ketara anda dikira kurang rasional atau otak anda yang mana kiri atau kanan tidak berfungsi dengan baik..Kebanyakannya ini terjadi kepada golongan (kidal).

 Orang kidal banyak menggunakan otak kirinya sahaja,manakala otak kanan pula jarang digunakan.Kebanyakannya orang kidal lemah dalam membuat proses penaakulan.

freedom yourself

4.PERBEZAAN GAYA MENULIS

     Gaya penulisan juga boleh menterjemahkan sikap&sifat seseorang itu walaupun kita tidak mengenalnya dengan lebih rapat.Kebanyakannya orang yang menulis dengan menggunakan tangan kiri bersikap lebih matang tetapi sifat sabar itu tidak ada@ia tidak dapat meengawal perasaannya apabila ia marah.

     Gaya penulisan dengan menggunakan tangan kanan pula..orangnya lebih bersikap terbuka & matang serta mampu mengawal perasaan .secara rasionalnya,ia mempunyai pertimbangan di dalam dirinya ketika marah kecuali apabila ia terpaksa.

Feb 1, 2011

sambungan

h3.CARA PERCAKAPAN.

    Awas dengan cara percakapan kita .Kadang-kadang secara tidak sedar kata-kata kita ini boleh menyinggung perasaan orang lain.Kita sendiri yang boleh merubahkannya..Mulut kita hanya perlu bercakap benda-benda yang penting saja.Elakkan diri anda dari menjadi spesis"BANYAK MULUT".Ingat pepatah lama :kerana mulut badan binasa.
    Bercakap banyak atas sebab benda yang penting lebih baik berbanding benda sia-sia.(Lebih baik anda berzikir kan)dapat pahala lagi daripada bercakap benda yang tidak bermanfaat buat kita semua.Selain daripada itu,elakkan dari bercakap kasar,mengeluarkan kata-kata kesat pun tidak baik untuk dimuatkan didalam perbualan kita.
    Sekiranya anda mempunyai rakan sebegini maka ambillah cara pendekatan yang profesional untuk menasihatinya.

sambungan daripada entri lepas

2.Latar belakang keluarga.

   Kebahagiaan rumahtangga tidak dapat dibeli dengan wang ringgit,walau sekaya mana pun kita.di dalam kehidupan ini perlu ada keberkatan daripada ALLAH S.W.T.Setiap perilaku kita di masa silam akan dicerminkan semula oleh permata hidup kita.Jikalau elok peribadi kita nescaya akan eloklah permatanya.Jangan kita mencorakkannya dengan perkara-perkara maksiat.Jikalau buruk peribadimu nescaya buruklah permata yang bakal mewarnai keturunanmu... 

RINGKASAN..

Setiap perkara yang baik pasti akan dibalas dengan ganjaran yang baik walaupun sebesar zarah sekalipun,dan sebaliknya....