THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Mar 7, 2011

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA.

Kebelakangan ini,banyak masalah yang timbul dikalangan anak muda kita
khususnya masalah sosial yang semakin kronik.

Usaha menanam sifat malu mestilah dilakukan sejak
kanak-kanak lagi
Apa lagi jika ditambah dengan ilmu mengenal tuhan yang maha esa yakni ilmu ketauhidan.
zaman sekarang banyak hamba-hamba-nya yang sudah terpesong dari akhidah.

Tiap amalan yang kita laksanakan tidak sah jika kita tidak mentauhidkan allahs.w.t

BAGAIMANA MEMPELAJARINYA???

Sekarang ni tok-tok guru pun dah tak banyak.So,rajin-rajinla membeli buku-buku agama 
berkenaan ilmu ketuhanan ni.Bacalah isi kandungannya dan fahami isi-isi tersurat & tersirat yang
terkandung di dalamnya.
Ringan-ringankan tubuh untuk menghadiri kuliah agama di masjid
dan setiap yang berguna harus dicatit untuk panduan kita.

PENTINGNYA TAUHID....
Ilmu tauhid ini adalah akar umbi &pokok pangkal untuk kita mengenal allahs.w.t yang
telah menciptakan kita di muka bumi ini.
Jika sekadar islam sahaja,itu tidak memadai karena kita tidak mengenal 
siapakah yang mencipta kita dengan lebih mendalam lagi.

Dalam dunia yang semakin canggih dan serba berevolusi ini ,anak anak pula
perlu ditapis setiap perbuatannya karena inilah yang akan 
menentukan bagaimana keadaan di masa hadapan 
samada kita akan beroleh generasi yang baik 
atau sebaliknya.


Ayuh,marilah kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan agar kelak kita akan 
terus menjadi hamba allahs.w.t yang melakukan suruhan dan 
meninggalkan larangannya.

(amal makruf nahi munkar)

0 ulasan: